<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Thursday, May 5, 2011
Kalau aku Kahwin Nanti, Ada TV Nak Siarkan Tak?
Thinking rather than dreaming.
Closing my eyes rather than sleeping.

Wasap pembaca sekalian.

Hari tu kan...hari apa ya. Ahad kot. kat tv7, ada disiarkan majlis perkahwinan Putera England. Aku tak tengok. Aku tak tengok. Tapi aku tahu korang tengok; especially perempuan.  Majlis kahwin sedara pun aku jarang pergi. Ni pulak nak tengok majlis perkahwinan orang yang aku tak kenal. Aku bukan la peminat setia ntv7. Tapi kalau sampai 7jam siarkan benda yang sama, agak lemak ah.

Perasan tak banyak nombor 7 dalam perenggan di atas? Ya..aku berjaya buat 1 perenggan. yahooo~

Eniwei, aku tertanya-tanya. kenapa time kakak aku kahwin dulu, tak ada pun stesyen tv yang nak siarkan? Sedangkan makanan yang dihidangkan masa majlis kahwin akak aku tu punya la sedap. Siap ada ice-cream lagi tu. Ada pulak karaoke. Tapi aku tak nyanyi pun. Aku kan pemalu orangnya.

*sengih

Kenapa perkahwinan putera tu disiarkan? Ya..sebab dia ada pangkat. Apa pandangan aku terhadap pangkat? Well, for me, it's crap. Pure nonsense.

Cool

Bagi aku, semua manusia berada dalam level yang sama. Tiada yang tinggi, tiada yang rendah. Yang membezakan kita hanyalah persepsi kita. Ya, manusia suka menilai. Suka membuat keputusan sendiri. Suka membezakan manusia berdasarkan pangkat. Sedangkan Rasulullah tak pernah membahasakan diri sebagai Agung. Tapi kita sesuka hati saja membahaskan ketua negara kita sebagai 'agung'. What's that all about? Aku lebih respek makcik yang jual nasi lemak waktu pagi tu. I mean, ye lah. Makcik tu bekerja keras, sanggup bangun awal pagi memasak. Kerja Agung pulak..Well, korang tahu kerja dia apa kan.

 Pfffttt.



Aku rasa la, dunia ni akan lebih aman kalau semua orang berada dalam level yang sama. Takde la yang nak berperang, nak itu ini. Aku dah muak dengar pergaduhan yang berlaku dalam dunia ni. Punca nya adalah nak berebut harta, dan juga pangkat. Yes, with power and stature(pangkat), you will live a good life. Dunia akhir zaman la katakan. Nama adalah segalanya. Ramai antara kita hanya mengejar dunia. 

Macam dakwah tak bertauliah pulak~
Baiklah..aku stop.


Oh ye, untuk pengetahuan korang yang ambil berat pasal aku, esok aku akan tahu sama ada aku dapat belajar di ipta UIA ipta UIA UIA UIA atau tak. So, wish me and all the hopefuls out there luck ok. 

belajar untuk ilmu, bukan duit.


...........



But money is demn good. HAHA.

Labels: ,


4 Comments
Wednesday, April 27, 2011
Interbiu For the First Time
Yo wasap.

Seperti yang dikatakan, aku dapat temuduga maktab. So, pagi tadi aku pun pergilah temuduga tu. Punya la kelam kabut sebab sijil n so on terbang entah ke mana. Tu la...lain kali letak dalam fail. Mak aku marah sebab aku simpan sijil surat beranak atas lantai. Dia tak faham...itu seni namanya. Kalau lantai tu kosong je, maka tak menarik lah corak bilik aku.

Tapi bilik aku kemas ok~ 


Malam sebelum temuduga, punya la penat aku baca pasal isu semasa. Aku baca isu NKRA smpai tergeliat otak aku. Dah la tak menarik. Lagi 1, time temuduga tu, dia tak tanya pun pasal apa yang aku baca. Dia tanya pasal nama aku, aku ada berapa adik-beradik, kenapa aku nak jadi guru. I was like..deii. Kau baca tak file2 yang aku bagi tu? Ha..bab kenapa nak jadi guru tu, aku tipu habis-habisan. Aku mana sesuai jadi guru. Kat blog ni aku selalu merapu je. Kalau bakal students aku nanti merapu jugak camna? 

Hmm...Syok jugak kot..tak ada la bosan sangat time pnp.

yes u at the back..bagi nombor henset akak kat cikgu ya


Eniwei, aku interviewee yang paling muda dalam group aku. Hal ini adalah demikian kerana(ayat A- SPM) orang lain dalam group aku setahun lagi tua. Ada yang amek asasi, matrik and form6. Aku pun tanya la kenapa diorang mohon maktab. Sorang cakap dia minat jadi cikgu. Sorang lagi cakap yang dia nak jadikan guru sebagai plan B. Sorang lagi datang sebab nak jumpa aku.



Yang part last tu...rekaan semata-mata.
Atau...adakah ia benar?


30 minit aku speaking like mat salleh terbabo dalam group discussion. Habis semua slang english keluar. Ok kut aku speaking. Masa interbiu individu, aku siap nyanyi sekali. Sampai interviewer tu mintak aku tulis tajuk lagu tu sebab sedap sangat.


Mungkinkah..suara aku ni merdu?


Jangan..jangan buat muka macam tu. Buruk benor.


Was a good experience!


Labels:


3 Comments