<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Wednesday, April 13, 2011
Aku Tak Tahu Dah..
Blog aku dah bertukar rupa...Bukan aku mengada nak tukar seperti perempuan yang gedik. bukan. Kalau perempuan yang gedik, dorang akan menggedikkan diri dorang tanpa pedulikan orang2 di sekeliling. ok. ni dah lari topik.


Eniwei, aku baru tahu yang bila orang follow blog ni, memang payah nak jumpa blog ni balik. Hal ini adalah demikian kerana(ayat spm ni) setiap kali aku update blog, entri tu tak akan muncul kat dashboard para followers. Mula2 aku ingat semuanya ok sebab ade je update kat dashboard aku. Tapi bila kawan aku cakap yang blog aku tak muncul kat dashboard dia, aku mula rasa tak best ah.


So aku buat conclusion yang template blog aku yang dulu tu penyebab masalah ni. Aku pun tukar la kepada template yang baru. Dah la aku tak pandai edit2 ni. Dah jadi buruk balik blog aku ni. cis. Rindu pulak kat rupa blog aku dulu yang bertemakan kecomelan. Tapi bila aku tukar ke template baru ni, masalah tu still ade jugak. miss dill kata ade blog aku kat dashboard beliau. Dia juga seorang cikgu bahasa inggeris. hihi.

Aku pun penat berfikir. So, aku cuba la suruh orang unfollow pastu follow balik blog aku. Tapi dorang cakap entri aku still tak muncul kat dashboard dorang. Aku pun jadi frust. Makin bertambah la emo aku. Tapi sekarang aku dah ok. Tak emo dah. 

Sebenarnya aku nak mintak tolong kat sape2 yang arif pasal blog ni. Ada orang kata yang blog aku tak ade RSS feed la ape la. Aku tak faham. Malas ah nak buat blog baru. Nanti orang panggil aku newbie. Tak cool ah.

So, please. tolong.

Labels:


5 Comments
Saturday, April 9, 2011
Entri Bajet Tacing
Kita hanya boleh merancang;
Allah yang menetukan.

Hmmm...permulaan entri tu agak bajet kau kata? 




Memang pun.

Wahai penelaah blog sekalian. Pernahkah kamu bergelumang dalam perasaan dendam? Aku pernah. Dan biar aku bagitahu, perasaan aku tak tenang bila berdendam. Nak makan kfc pun xde selera. Apatah lagi nasi lemak rm1.20 kat pekan Ahad. 

Tapi tu la kan..aku ni pun hanya manusia biasa; perlukan masa untuk memaafkan orang lain. Ceh..macam la aku tak pernah buat salah kat orang lain. Tapi bila kita kena marah dengan orang lain atas perkara yang kita tak lakukan, mesti sakit hati jugak. ye dak?

Ini kesinambungan entri yang lepas sebenarnya. Aku penat. Dan minggu ni memang aku agak emo sikit. Dan bila aku emo, secara automatiknya aku tak style. Semalam aku bergaduh dengan 'kawan' aku..dan ya, aku agak menyesal dengan perbuatan aku tu. Manusia penuh dengan penyesalan. Tapi perkara tersebut memang harus dilakukan..bukan bab bergaduh tu, tapi bab yang aku harus jauhkan diri dari kawan aku tu. Sebab semakin aku rapat dengan dia, semakin aku berubah; berubah ke arah yang tak elok.

Kenapa aku salahkan orang lain? Well...aku ada sebab. Dan kalau aku terangkan pun, kemungkinan besar korang xkan paham. Sebab kebanyakan korang hanya tahu nama aku, iaitu Amir Syafiq. Yang korang patut tahu, aku suka pakai seluar 3 suku. tu saja.

Tengok..dah lari topik. tak suka betul.

Apapun, aku seriously dalam keadaan yang agak kusut sekarang. Dan senyuman aku pun palsu sekarang. Aku malas la nak marah orang. Dan ya, aku memang suka pakai topeng. Sebab tu kau tak kan tahu perangai sebenar aku.



Dunia ni tak sempurna. Apatah lagi aku.






Tacing betul la entri ni...cis.




Labels:


7 Comments
Friday, April 1, 2011
Nak Mintak Pendapat Sket..
WEI!!

Result SPM is out!!

Aik? ada lagi ke orang nak cerita pasal result SPM? kisah lama la wei. Tapi biasa la, aku ni agak slow sikit. Baru sekarang nak cite. Ce cite ce cite. Lawak kan kan.



Result aku takde la teruk sangat. Kira ok la bagi seorang average johnson. Tak silap aku, orang2 kat UIA dah tak sabar2 nak sambut kedatangan aku ke universiti tu. Rimas la camni. 

Give me some space man.

Apapun, ari Ahad minggu lepas, aku pergi la ke UiTM Jengka sebab ada karnival jom masok U. Tapi memang silap la kalau korang ingat aku nak masuk U tu. Tempat dia terpencil betul. Penuh kelapa sawit kiri kanan. Memang boleh migrain kalau aku study kat sana. Karnival tu boleh tahan bagus. Kita boleh check course apa yang kita boleh pohon melalui http://www.selangkah.uitm.edu.my/. Kat rumah aku dah buat dah. Tapi sebab nak ngade2, aku buat skali lagi. 



Tekan ek. tapi jangan guna klik kanan. sampai kiamat takleh bukak.


Aku ada 2 subjek tak kredit. Heh. But never mind. Benda dah lepas. Sebenarnya aku nak mintak pendapat korang sume. Course apa yang patut aku pilih? Kalau korang suruh aku amek mikrobiology, aku sekeh laju2 ok. Tak pun aku sumbat nasi lemak kat mulut korang laju2. Ada apa dengan laju2? Aku akan stop entri ni laju2.


But seriously, some feedback is really appreciated. 

Labels:


14 Comments
Sunday, March 27, 2011
Aku Tak Empunya Kamera Mahal..
Assalamualaikum.

Ada sesuatu yang perlu aku akui..ya aku macam minat jugak bidang fotografi ni. Macam seronok je tangkap gambar sini sana sambil tayang kamera mahal. Tapi aku takde kamera mahal. waaa~

Yang aku ada hanyela kamera enset aku.

Jangan..Jangan pandang rendah kat aku.
Aku boleh tahan gak tinggi..ada la dalam 169cm.



Ape aku merepek ni?

Anyways, aku suka tangkap gambar abstrak. Aku tak tau abstrak tu ape sebenarnya. Tapi bunyi macam cool je. Aku kan bajet cool; so...


ni bukan abstrak..cuma bila tengok gambar ni, aku teringat zaman kecik aku dulu.



Aku terjenguk2 jugak la kat luar kedai kamera macam orang sawan. Bila la agaknya aku akan dapat kamera camtu ek? Tapi aku rasa kamera tu tak penting..yang penting minat dan jiwa yang diterapkan dalam setiap 'klik' kamera tu...(ayat penenang hati). Ye la. Aku ni mana la ada banyak sangat duit..Kerja pun takde. Aku bukan malas nak kerja..cuma....errrr...belum sampai seru.

juga bukan abstrak..ini namanya selipar.

Pernah la jugak aku pegang kamera mahal kepunyaan kawan aku yang loaded. Ke family dia yang kaya eh? Ntah..aku malas nak jaga tepi selendang orang lain. Apa pun, 1 hari nanti bila aku dah kaya, aku akan beli kamera sendiri...Malas la nak mintak mak ayah tolong belikan. Nanti kena share Tak nak susahkan diorang. Tengok, aku fikir pasal parents aku. Mulia aku ni kan?

Sila tahan perasaan nak lempang aku.

satu ari nanti nak tangkap gambar cam neh.

Apa pun, kalau aku jadi photographer terkenal satu hari nanti, jangan malu2 nak tegur aku. Walaupun aku femes, aku tetap ingat akan korang. Tapi sebelum aku jadi photographer terkenal, aku akan belajar di UIA dulu.



Ok..ayat last tu takde kena mengena.

Labels:


3 Comments
Tuesday, March 22, 2011
Esok Result SPM
Assalamualaikum boys and gegurl.

Melainkan korang tinggal dalam gua atau tinggal di indonesia, korang mesti tau yang result SPM akan diumumkan esok. ya..Bak kata orang ramai, penentu masa depan. Jadi, adakah aku tension atau rasa cuak gila babas sekarang? Secara jujurnya, tak. Aku sebenarnya nak tidur sekarang. Tapi sebab ada futsal pukul 11 ni, aku pun cancel niat murni aku tu. Lagipun, apa class tidur awal ni. Tak macho la beb.


Tak macho? persepsi yg agak jahanam.




Back to the topic. Esok aku akan dapat result tu. Tak kira la teruk ke, bagus ke, aku terima dengan hati terbuka je la. Dah tak boleh nak buat apa pun sekarang ni. Tapi aku agak tak faham dengan kawan aku sorang ni. Cuak sangat sampai tak boleh nak tidur. Relek ah. tak style la kau. Tapi aku nak la dapat result yang bagus(sape yang nak result tak elok? kusuttt~). Bukan ape, tak syok la bila aku tunjuk slip kat mak ayah aku, dorang buat muka retarded sedih. Tak suka wei tengok depa wat muka camtu. Rasa macam aku ni dah buat perkara yang sangat teruk. Ok fine. Mungkin masa sekolah dulu aku patut belajar lagi rajin. Mungkin aku tak patut tidur time class cikgu Wan. Tapi yang pasti, aku dah buat yang terbaik.


Perlu kah aku malu nak tayang result aku dekat orang lain? Entah la. Kalau orang tanya, aku bagitahu je. Buat apa nak malu. Itu hasil usaha kudrat aku selama 2 tahun(form  4 and 5). apa? kau ingat senang ke bangun pukul enam 6.45 and then bergegas masuk dalam kelas, semata-mata nak kena marah dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah? guess what, itu rutin harian aku. Tapi aku tak pernah serik2. 


Mungkin sebab tu aku bukan pelajar kesayangan cikgu.


Apapun, bagi korang yang membaca post ni, sudi2 kan la doa yang terbaik untuk semua calon SPM 2010 ek. Bukan apa, kalau aku tak dapat result yang baik, mungkin aku tak dapat belajar di UIA. dan bila aku tk dapat belajar di UIA, kemungkinan besar bakal isteri aku kat sana tak akan berjumpa dengan aku. 





What the manhattan fish market??




Labels:


7 Comments
Saturday, March 19, 2011
Seronok kot.
Seronok tak bila tengok dunia orang yang pernah sakitkan hati kita,
terbengkalai sikit demi sikit?
Dan paling best nya..
Kita ada di situ untuk melihatnya..muahahaha. (kejam I ni kan)
Well. I must admit. Terubat sikit luka aku yang dah lama bertapak dalam hati ni.


Tapi kesian jugak tengok dia jadi camtu. Well, thats karma. (aku bertukar baik)
Wait. wade?? Karma tu kan kepercayaan syirik. Tengok, aku dah ajar korang benda tak betul.


Ni kucing baru aku. Dan bliau tak ada kaitan dengan entri kali ni.

Aku tak nak cerita banyak pasal budak ni. Cuma, dia ni macam pandai jugak berlakon. Pernah dengar lagu meet uncle hussain tu tak? ala, "drama queen" tu. ha. Bliau sebijik macam lagu tu. Siapa kata aku dengar lagu Coldplay je? Meh aku hepuk skali. 


Aku kenal dia ni dah lama da; sewaktu zaman2 nostalgia aku dulu a.k.a zaman sekolah. Sejak kebelakangan ni kan, aku tengok dia semakin berubah. Berubah menjadi diri dia yang sebenar. hay. Mana ada manusia yang sempurna. Aku tengok kat pesbuk pun, asyik nak mencarut je. 

dia ni budak2 lagi . fikirku.


So kepada semua pembaca yang masih takde pesbuk, elakkan diri anda daripada terjebak dengan pesbuk. Kemungkinan anda memalukan diri di laman web tersebut adalah amat tinggi. Oh ya, kemungkinan untuk anda melakukan dosa di sana juga amat tinggi. Nampak repetisi ayat aku tu? Maafkan diri aku yang humble ini..aku sudah lama meninggalkan matapelajaran BM. Maaf cikgu Nasir.


Biasalah kalau nampak remaja2 tulis benda tak senonoh kat pesbuk. Budak2 zaman sekarang memang kebanyakannya tak sayang mulut. Habis, aku ni tua sangat dah ke? Tengok. aku bermuhasabah diri. Matang jugak aku ni kan. heheheh...

Mesti korang nak lempang aku kan kan.

Apa pun, kami ada life masing2 sekarang. Dah tak ada kaitan agaknya. Aku harapkan segala yang terbaik buat dia. Tak guna benci-membenci sesama umat. 

Harap kami kekal sebagai kawan.

Sekian.

Labels:


4 Comments
Monday, March 14, 2011
terima kasih
Lebih kurang 8 bulan lagi, aku akan mencapai usia 18tahun. muda lagi tu. Tapi dalam entri ni aku bukan nak cerita pasal usia. Aku nak berterima kasih kepada mereka yang berada di sekeliling aku. Jadi kenapa aku sebut pasal umur aku? sengal~


Kepada yang sentiasa percayakan aku, aku mahu bertetima kasih sebab; tanpa kau, aku tak akan tahu macam mana untuk percaya akan diri sendiri. Tanpa kau, aku tak akan mengambil langkah ke hadapan. Tanpa kau, aku tak akan mendongakkan kepala aku. Kerana kau, aku berjaya menjadi siapa diri aku sekarang.

Kepada yang pernah menghina dan mencaci aku, aku berterima kasih sebab; tanpa kau, aku tak akan tahu kenapa dunia ni sentiasa tak tenteram. Dan juga kau menjadi bukti bahawa, usia kadangkala tak mematangkan kita. Kau juga mengajar aku bagaimana untuk bersabar. Kau memang antara insan2 yang penting dalam hidup aku.

Kepada mereka yang sentiasa memakai topeng ketika brsama dengan aku, aku mahu berterima kasih sebab; kau mengajar aku untuk berhati-hati ketika bergaul. Kau mengajar aku supaya tidak mempercayai orang lain dengan mudah. 

Kepada kau yang aku gelar sahabat, terima kasih atas kesudian kau. Tanpa kau, siapalah aku. Bak kata aku, kawan ialah diri kita( quote tak masuk akal).

Last sekali, aku nak berterima kasih kepada diri sendiri. Terima kasih sebab masih mampu bertahan sampai sekarang. kau memang hebat! yeah.



Perasan~!


Labels:


2 Comments
Monday, March 7, 2011
Aku dan Ketenangan?
Sejak kebelakangan ni, aku tak tenang. Tiap2 hari aku jalankan kehidupan aku macam biasa, tapi tetap tak dapat mencari ketenangan hati ni(erghhh....sengalnya ayat). Aku cuba jugak cari jawapan nya, tapi dengan usia aku yang masih setengah jagung ni, apalah sangat yang aku faham tentang hidup. Banyak lagi yang harus diperbaiki. Pandangan aku terhadap hidup itu sendiri mungkin masih di taraf tadika. arghhhh. Mungkinkah ini namanya cabaran hidup? Aku semakin meningkat dewasa. Which means banyak lagi cabaran yang akan aku tempuhi, mungkin.




Aku lihat kawan2 aku, mereka takdelah kusut sangat macam aku. Mungkin mereka bajet pandai sembunyikan perasaan. Aku pun macam tu( tak nak menyerah kalah..). Kalau time petang2, biasanya aku akan pergi ke padang. Aku lihat budak2 kecik main bola dengan penuh girang dan rakusnya. Aku tanya pada diri aku; adakah dulu aku sama seperti mereka? Mereka bebas berimaginasi, tidak dikurung realiti. Apa yang dah berlaku pada diri aku? Mana perginya cita2 ku dulu yang mahu menjadi ahli kamen riders?








Manusia berubah.
Terimalah kenyataan.





Aku rindu akan diri aku yang dulu.
Tak banyak masalah;
Orang pun tak cari masalah dengan aku.


Tapi apa pun, aku harus teruskan hidup ni. who knows? mungkin esok aku akan dapat ketenangan jugak. Yang penting, aku harus terus berusaha. Kau pun sama.

Labels:


3 Comments
Monday, February 28, 2011
Simfoni Kesengalan
Lamanya aku tak update.
Bukan sebab aku malas.
Sebabnya..aku lazy.



Sejak kebelakangan ni, aku sibuk menguruskan hidup yang penuh cabaran ini(cewah). Pagi tadi juga aku merasakan kekecewaan yang amat. Arsenal kalah dalam final league cup. Sia2 saja aku menetap di kedai mamak sampai pukul 3 pagi. Dah la aku naik motor je. Time balik tu tak ingat la sejuknya. Mengalahkan sejuk tempat salji kat genting nuh. Dah la perjalanan nak balik rumah tu seram. Tiba2 je terasa berat time naik motor tu. Tapi aku x boleh salahkan kepada makhluk ghaib. aku salahkan diri sendiri yang semakin sihat.



Balik tu aku on pesbuk. Nak check kot2 dah tahu belum tarikh result SPM kuar. Rupanya tak lagi. Banyak betul spekulasi tarikhnya. Aku harap boleh la dapat at least 7A. Sebab aku harap sangat dapat masuk UIA Gombak nuh. dah la dekat. Lawa lak tuh. Baru2 ni aku pergi melawat UIA tu sebab ada seminar ape ntah. Tapi kalau tak dapat. takpe la. aku redha je....(pasrah sungguh)


oh ye. aku baru beli enset. nokia x3-02.

Membazir kau cakap?

............................................

memang pun.

bluekkkk

Labels:


12 Comments
Tuesday, February 22, 2011
Perihal tentang Aku.
Selasa yang mendung;
dihiasi hujan kala malam.


Aku ni jenis yang suka bagi nasihat; dan aku juga suka tolong orang tak tentu pasal. Itu kelebihan dan juga kelemahan aku. Meskipun aku selalu bagi nasihat kat orang, kebiasaannya aku tak tahu macam mana nak dengar nasihat sendiri. Sebab tu masalah aku bertambah kot. Bila aku mintak nasihat orang lain, mesti diorang bagi nasihat macam budak tadika. Setakat nak cakap "sabar, amir", aku pun boleh fikir sendiri. No offence.


Kalau aku fikir banyak2 pun, masalah tu tak akan hilang. Mungkin kebenarannya ialah; aku tak berani nak hadapi masalah aku. Ya, mungkin aku tak cukup pengalaman lagi untuk menghadapi alam dewasa ni. Ya, mungkin aku masih tak cukup matang untuk melangkah ke depan seorang diri.



Aku perlukan keluarga.
Aku perlukan rakan.
Aku perlukan teman.
Aku perlukan kekuatan.


Hidup tak selalunya indah.
Kebenarannya, ramai antara kita yang tak akan mencapai impian;
hanya sekadar menyimpan mimpi kosong;
bagaikan teratai dalam tasik yang kontang.


Kalau kau tanya aku,
Adakah aku akan mencapai impian aku?
Adakah aku akan mampu berdiri bila aku jatuh?
Adakah aku mampu memikul maksud nama amir?

Jawapan aku :
Semestinya.



Kerana;

I ALWAYS BELIEVE IN MYSELF.




Labels:


11 Comments
Monday, February 21, 2011
Panadol bukan Pengubatnya.

Aku sedang keliru sebenarnya.
Bila result SPM akan keluar?
Ada yang kata 28.2 menjadi tarikh pilihan...
Ada juga yang mengatakan tentang 14.3..

Tapi setahu aku, masih tak keluar apa2 pun dalam berita berkenaan SPM;
tak kira televisyen mahupun suratkhabar.

Ada juga yang mengatakan 24.2 result akan keluar..
Orang yang cakap begitu, memang sengaja meminta penampar..
Kalau nak menipu pun, beragak lah..




Ya. mungkin pada zaman SPM,
aku patut duduk rumah; belajar.
Bukan keluar melepak dengan rakan2 ku.

Ya. mungkin dalam kelas,
aku patut tumpukan perhatian;
bukan berangan tentang juliana evans.



Walau bagaimanapun, ketika result itu keluar,
apa jua result yang aku dapat, aku akan terima dengan redha. kerana:


AKU DAH BUAT YANG TERBAIK






*hebat tak tulisan bergerak tu?





Labels:


10 Comments