<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Tuesday, February 8, 2011
Malam yang Sangat "Menarik".
8:54

Aku cuba untuk memikirkan tajuk blog; sambil memikirkan apa nak ditulis. Kalau aku tulis pasal ekonomi negara Tunisia, ada orang berminat tak? Mungkin tidak. Oh, tiba2 aku teringat akan janji aku pada diri sndri. Aku janji nak jogging tiap2 pagi. Tapi nampaknya masih tak kesampaian. Jangan salah faham. Bukan aku malas. cuma..errr..... *boleh fikirkan alasan untuk aku?

9:00

Aku mengimbas kembali ke 2 hari yang lepas. Selepas siap dload movie hantu kak limah secara haram, aku tonton dengan ghairah dan rakus. Tapi malangnya, sorry to say, ni hao ma, movie ni tak best. Selain daripada catchphrase "ce cite, ci cite", tak banyak untuk digelakkan ketika menonton filem ini. Dan ending-nya sangat menghampakan, dan sedikit tak masuk akal. Menyesal aku tunggu dload selama 2 jam. Dah la wifi aku ni macam nak kena terajang je. Slow nak mampus. Aku serious ni. Tengok gaya penulisan aku. Sangat baku bukan? Aku mula menyampah dengan diri sendiri.

*Bangun sementara, buat white coffee.

9.10

Ah..sedapnya. Mood aku kembali ceria. Aku bukak tv. Bukan bukak, I mean, aku tonton tv. Kat astro ria ada cite potret mistik. Aku mencarut dalam hati tiba2. cite ni dah berzaman, tapi masih ditayangkan. Cuba la siarkan "Tanyalah Ustaz" ke. Baru la aku melekat kat depan tv nak tengok.

Kenapa kau tak percaya?

Aku on9 pesbuk pula. Ada status orang mencarut, ada yang saja nak mintak penampar, ada yg tulis tentang masalah percintaan, ada yang mengaku tak sembahyang. Aku rasa nak tulis sesuatu. Tapi karang ramai sangat yang nak komen. Aku....malas nak layan( Aku bajet hot). Tiba2 aku tergelak baca 1 status ni. dia tulis : "alamak! terkincit suda!" itu ayat dia, sebab dia nak pegi audition af nanti.

tak lawak kau cakap?

9:19

aku makin menyampah denngan cite potret mistik ni..Cerita ni genre apa? Lawak bangang ke?

Aku tersedar aku belum menunaikan tanggungjawab aku lagi. So, selamat tinggal, awahai peminatku sekalian.

blogger-emoticon.blogspot.com

Labels:


0 Comments
Monday, February 7, 2011
Antara Aku dan Ip Man.
Hari tu kat tv3 ada siarkan filem Ip Man. Fulamak memang best la filem ni. Padahal dah berzaman filem ni kuar. Aku baru tengok. Maafkan lah diri aku yang agak slow ini. Apapun, lepas melihat Ip Man beraksi, aku mendapati terdapat beberapa perbezaan antara kami. Mari lihat apa yang aku maksudkan:


*Ip Man hebat berkungfu. Aku hebat main futsal(tipu).

*Ip Man benci orang Jepun. Tapi aku suka barangan buatan Jepun. Jangan tanya pendapat aku tentang Korea. Trust me, korang tak nak tahu.

*Ip Man mengamalkan kungfu wing chun. Aku mengamalkan skill Lionel Messi.

*Ip Man dah kahwin. Aku belum lagi. Rezeki xde lagi gamaknye.

*Ip Man masuk tv. Aku pernah masuk suratkhabar je(sinar harian, edisi pahang).

*Aku ade blog. Ip Man xde. Jangan jeles ye Ip Man.


Dalam banyak2 perbezaan tu, kitorang pun ada persamaan jugak. Nak tahu?




Kami berdua kacak.


huh? kenapa muka kau bertukar biru?



Labels:


7 Comments
Thursday, February 3, 2011
Korang Pun Mesti Bengang, Kan.

blogger-emoticon.blogspot.com
emoticon hiasan.

Apa perasaan korang kalau korang tak sempat lagi habis tengok satu filem tu, tetiba je ada setan manusia yang bagitau ending filem tu? Mesti bengang punya kan. Mesti korang rasa nak kerat2 diorang sampai 18 bahagian kan. Apa? Kau kata cara aku tak original? Takpe la. Mungkin anda orang yang mulia. Apapun, cerita yang telah di-spoil-kan endingnya ialah........... *drum roll plis.



walaoweh


Aku pasti ramai antara korang dah tengok cite ni kan. Best o. tak tipu. Tapi bukan ke aku cakap ari tu aku tak layan filem camni? Kan korang dah kena tipu. Padan muka. Alkisahnya, pada bulan oktober yang lepas, aku baru nak tengok cite ni. Padahal orang lain dah khatam dah pun; sampai hafal ayat "no woman no try, be a man with no cry". Sebab malas nak beli dvd cetak rompak, aku pun pinjam je la kawan aku punya. Tapi dia simpan cite ni dalam laptop. Kiranya dia dload movie ni secara tidak sah di sisi undang2. Don't judge him. Macam la korang tak pernah buat. So, filem ni ada 21 parts. setiap 1 part lebih kurang 7 minit. Tapi sebab kapasiti usb aku 2GB je, tak dapat la nak simpan semua part. 17 parts je yang termampu.

usb aku. unik kan.

Jadi pas dapat tu aku trus on lappy aku. Aku tengok la sampai termampu. Keesokan harinya aku nak dload la cite tu sampai habis daripada kawan aku. Tapi lumrah manusia, selalu terlupa. Nak2 lagi time tu nak SPM. So, aku lupa langsung nak tengok cite ni. Lebih kurang sebulan lepas SPM, Najmi(kawan aku) datang ke rumah aku. Kitorang ni boleh dikatakan rapat la jugak. Kalau ada problem, kami selalu bercerita antara kami. Jarang jumpa lelaki camni tau. Tapi maaf, kami bukan gay. Selalu nya dia datang sorang je, tapi kali ni dia bawak sepupu dia skali. Tengah syok kami bercerita, tiba2 kuar isu Lagenda Budak Setan. Dan tanpa diundang, sepupu dia ni tiba2 menyampuk dan memberitahu ending filem ni. Endingnya......watak pompuan utama tu mati.

Selepas kejadian itu, aku sedih dan terperap dalam rumah beberapa hari.

Aku tipu.



Labels:


6 Comments
Wednesday, February 2, 2011
Aku Buat 2 Tag Hari ni. Amazing.
Semalam aku kena tag oleh 2 orang wanita melayu terakhir iaitu LALAH dan SARAHEISYA. Jadi follower blog dorang ok! :D Kalau boleh, semalam aku nak buat. Tapi sebab wifi aku ni laju sangat, aku terpaksa menghentikan niat aku. OKAY, hampir 10 orang aku tag. Harap korang buat la ek. Aku sayang kat korang, bab tu aku tag. Mulut aku manis kau cakap? Jangan tipu..kau tak pernah merasa mulut aku pun. kenapa macam lucah je ayat ni? cis.

Labels:


0 Comments
Tuesday, February 1, 2011
Mungkin Hari Ini.
Hari2 menunggu result SPM ni memang agak kusut. Ada masa aku gembira, ada masa aku bosan tak terhingga. Agak berima ayat itu. Boleh dijadikan lagu, mungkin. Apa pun, masa awal Januari lepas, aku ada kerja. Kerja apa kau tanya? Itu kau tak perlu tahu. Tapi aku nak bagitahu. Eh gediknya aku. Dulu aku bekerja sebagai seorang pencuci pinggan yang elegan. Tapi disebabkan faktor2 yang tak dapat dinyatakan, aku berhenti selepas 17 hari. Dan selepas itu, aku memang tak tahu nak buat apa. Nak study, sudah terlambat. Nak usha gadis2 sunti, bukan masanya lagi. urgh. Pagi tadi, aku main futsal lagi. Memang seronok main futsal. Tapi kalau tiap2 hari main, jadi bosan la kan. Dah la kena bayar RM1.50 tadi. Belum kira minyak motor lagi. Dengar cerita minyak dah naik. Sampai hati kerajaan membuat ku begini.


bosan sampai cair. tipu.

Kau tahu, aku ni hanya mahukan perkara yang simple saja. Aku nak duit berjuta2, rumah banglo 5 bijik, n of course kereta mini cooper. Tapi nampaknya agak sukar untuk aku mncapai impian itu. bukan tak masuk akal, tapi near impossible. Haish. Esok nak watpe ek? xkan nak mengadap pesbuk je 24 jam =,=


cara aku bodek korang sume.

Labels:


14 Comments
sebuah filem indie.
Aku admit. Aku memang suka tengok filem luar negara. terutama sekali yang lama2. xlah lama sangat. mungkin selepas tahun millennial. Namun, aku agak hampa dengan industri filem negara kita. Hanya filem2 arwahyarham Yasmin Ahmad yg berjaya mengulit hati aku. Dan juga filem2 Afdlin Shauki. beliau memang pandai buat lawak. Namun, itu bukan point post kali ini. Kali ini aku ingin bercerita tentang sebuah cerita indie bertajuk Kuala Lumpur, Aku Okay. Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, bekas peserta nescafe kick start tak lama dulu.




Aku sangat berharap untuk menonton filem ni. Sinopsis yg diperkatakan adalah, ia sebuah cerita tentang 6 kisah cinta dalam 1 malam. sebuah cerita daripada perspektif orang biasa; seperti kau dan aku. Malangnya, filem ini hanya boleh diteruskan produksi jika cukup bajet. anda boleh menunjukkan support anda untuk filem ini dengan membeli buku filem ini melalui e-mail(dvinecomedy@hotmail.com). Seriously guys, I hate most of the mainstream movies nowadays. I'm hoping for this movie to come out. To show that there's still much talent unseen in our beloved Malaysia. So, check this teaser out!



Labels:


2 Comments
Sunday, January 30, 2011
Aku Pun Sama.
Relax. Aku pun pernah buat salah. Biasa la kan. kita manusia. Nak jadi sempurna tu bukan tugas kita, tapi kena usaha la jugak untuk jadi manusia yang lebih baik. Aku pun pernah tertawakan orang; menambah cemuhan dalam maruah mereka. Aku agak malu dengan perbuatan aku ni. Sejak kebelakangan ni aku tak buat la dah, tapi aku pernah buat. Tak baik tau. Jangan tiru. Aku pernah tidur dalam kelas. Aku pernah menyanyi masa tengah mandi. Aku pun nak tengok Coldplay buat concert kat malaysia. Aku pernah menipu. Aku pernah mengaku kalah. Aku pernah sedih. Aku pernah buat orang menangis; aku sendiri pun pernah menangis. Aku pernah tak bercakap dengan kawan baik aku selama 9bulan. sebab apa? sebab aku pun ada ego.

Tapi......

Kita juga pernah buat orang tertawa. kita pernah buat orang gembira. Kita pernah berkongsi rahsia dengan orang lain. Kita pernah melakukan sesuatu yang baik. Ini je persamaan antara kita yang aku mahu kekalkan sampai bila2. Hey, jangan lupa. Sentiasa ada ruang dalam diri kita untuk diperbaiki!



Never lose your sense of humor! tee hee.

Labels:


2 Comments
Thursday, January 27, 2011
Lagu Apa ek?
Seriously, aku memang tak berapa nak pandai pilih lagu untuk letak kat blog. I mean, lagu blog sekarang, entitled "A Bad Dream" ni agak sedih jugak lirik dia. aku suka lagu macam ni. Tapi masalahnye ramai antara orang yang aku jumpa tak suka dengar lagu camni. Korang tak paham. Payah duduk kat bandar metropolitan macam raub ni. kebanyakan kawan2 aku mana dengar lagu yang aku dengar. kalau kawan2 lelaki aku, dorang suka dengar laju jiwang. biasa la tu kot. tapi aku rasa cam pelik jugak la kan bila lepak dengan dorang. ye la, time dorang nyanyi lagu awie ke, krystal ke, mana aku reti nak join. aku just memang tak berminat dengan genre music tu. kalau kawan2 kaum hawa aku pulak, memang suke tahap karipap dekat artis2 korea tu. sampai aku skali terikut sama. haha. takde la. bayangkan, dorang boleh hafal lagu wonder pet
wonder girls tu. Tapi bila aku tanya, dorang tak paham pun ape yang dorang nyanyi. aha. lantak korang la. asalkan korang bahagia. but I must admit, pompuan2 korea tu agak comel. gatal pulak aku ni. as for me, aku suka dengar lagu dari band macam coldplay, oasis n keane. of course, ramai kat luar sana yang mempunyai taste music yang sama macam aku. tapi setakat ni, aku hanya terjumpa sorang dua je kat raub ni. huu. sedih tau. kalau time aku nyanyi lagu omputih tu, kawan2 aku mesti buat muka retarded
pelik. nevermind. aku tak kisah pun. lagu2 yang kawan2 aku dengar is not bad actually. but they're just not my kind of music. semua orang ada pendapat berbeza kan kan kan? :)

music is in the ears of the beholder. ngarut dah XD


Labels:


8 Comments
Wednesday, January 26, 2011
My blog..has been compromised!
Selama ni, aku telah merahsiakan blog aku daripada diketahui oleh orang2 yang kenal aku a.k.a orang yg pernah brjumpa dengan aku la. That's why aku tak pernah post link blog aku kat facebook ke, myspace ke(walaupun aku xde myspace). tapi tetiba je, ada orang yg tau tentang kewujudan blog aku! pelik bin musykil. aku risau betul kalau dia ni bagitau orang lain. I mean, aku ni malu sket kalau nak luahkan perasaan aku. aku prefer orang yang aku tak pernah jumpa je yang tahu apa yg aku nak tulis. aku ni bukan la jenis yang suka luahkan perasaan kat orang lain. dan bila sape2 tanya aku ada blog ke tak, aku akan jawab "aku xde blog". dah la budak yang jumpa blog aku ni budak skolah aku. buatnye dye pegi sebarkan kat budak2 skolah yang lain. tak ke naya aku. tapi aku xkan tutup blog aku la. mungkin jugak ni 1 perkara yang bagus kot. akhirnya dalam kalangan kotak follower tu, ada gak yang pernah jumpa aku. tapi kalau cik L jumpa blog ni, aku akan tukar blog, end of story. :)

Labels:


9 Comments