<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Friday, April 1, 2011
Nak Mintak Pendapat Sket..
WEI!!

Result SPM is out!!

Aik? ada lagi ke orang nak cerita pasal result SPM? kisah lama la wei. Tapi biasa la, aku ni agak slow sikit. Baru sekarang nak cite. Ce cite ce cite. Lawak kan kan.



Result aku takde la teruk sangat. Kira ok la bagi seorang average johnson. Tak silap aku, orang2 kat UIA dah tak sabar2 nak sambut kedatangan aku ke universiti tu. Rimas la camni. 

Give me some space man.

Apapun, ari Ahad minggu lepas, aku pergi la ke UiTM Jengka sebab ada karnival jom masok U. Tapi memang silap la kalau korang ingat aku nak masuk U tu. Tempat dia terpencil betul. Penuh kelapa sawit kiri kanan. Memang boleh migrain kalau aku study kat sana. Karnival tu boleh tahan bagus. Kita boleh check course apa yang kita boleh pohon melalui http://www.selangkah.uitm.edu.my/. Kat rumah aku dah buat dah. Tapi sebab nak ngade2, aku buat skali lagi. 



Tekan ek. tapi jangan guna klik kanan. sampai kiamat takleh bukak.


Aku ada 2 subjek tak kredit. Heh. But never mind. Benda dah lepas. Sebenarnya aku nak mintak pendapat korang sume. Course apa yang patut aku pilih? Kalau korang suruh aku amek mikrobiology, aku sekeh laju2 ok. Tak pun aku sumbat nasi lemak kat mulut korang laju2. Ada apa dengan laju2? Aku akan stop entri ni laju2.


But seriously, some feedback is really appreciated. 

Labels:


14 Comments