<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Wednesday, April 27, 2011
Interbiu For the First Time
Yo wasap.

Seperti yang dikatakan, aku dapat temuduga maktab. So, pagi tadi aku pun pergilah temuduga tu. Punya la kelam kabut sebab sijil n so on terbang entah ke mana. Tu la...lain kali letak dalam fail. Mak aku marah sebab aku simpan sijil surat beranak atas lantai. Dia tak faham...itu seni namanya. Kalau lantai tu kosong je, maka tak menarik lah corak bilik aku.

Tapi bilik aku kemas ok~ 


Malam sebelum temuduga, punya la penat aku baca pasal isu semasa. Aku baca isu NKRA smpai tergeliat otak aku. Dah la tak menarik. Lagi 1, time temuduga tu, dia tak tanya pun pasal apa yang aku baca. Dia tanya pasal nama aku, aku ada berapa adik-beradik, kenapa aku nak jadi guru. I was like..deii. Kau baca tak file2 yang aku bagi tu? Ha..bab kenapa nak jadi guru tu, aku tipu habis-habisan. Aku mana sesuai jadi guru. Kat blog ni aku selalu merapu je. Kalau bakal students aku nanti merapu jugak camna? 

Hmm...Syok jugak kot..tak ada la bosan sangat time pnp.

yes u at the back..bagi nombor henset akak kat cikgu ya


Eniwei, aku interviewee yang paling muda dalam group aku. Hal ini adalah demikian kerana(ayat A- SPM) orang lain dalam group aku setahun lagi tua. Ada yang amek asasi, matrik and form6. Aku pun tanya la kenapa diorang mohon maktab. Sorang cakap dia minat jadi cikgu. Sorang lagi cakap yang dia nak jadikan guru sebagai plan B. Sorang lagi datang sebab nak jumpa aku.



Yang part last tu...rekaan semata-mata.
Atau...adakah ia benar?


30 minit aku speaking like mat salleh terbabo dalam group discussion. Habis semua slang english keluar. Ok kut aku speaking. Masa interbiu individu, aku siap nyanyi sekali. Sampai interviewer tu mintak aku tulis tajuk lagu tu sebab sedap sangat.


Mungkinkah..suara aku ni merdu?


Jangan..jangan buat muka macam tu. Buruk benor.


Was a good experience!


Labels:


3 Comments