<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Saturday, April 9, 2011
Entri Bajet Tacing
Kita hanya boleh merancang;
Allah yang menetukan.

Hmmm...permulaan entri tu agak bajet kau kata? 




Memang pun.

Wahai penelaah blog sekalian. Pernahkah kamu bergelumang dalam perasaan dendam? Aku pernah. Dan biar aku bagitahu, perasaan aku tak tenang bila berdendam. Nak makan kfc pun xde selera. Apatah lagi nasi lemak rm1.20 kat pekan Ahad. 

Tapi tu la kan..aku ni pun hanya manusia biasa; perlukan masa untuk memaafkan orang lain. Ceh..macam la aku tak pernah buat salah kat orang lain. Tapi bila kita kena marah dengan orang lain atas perkara yang kita tak lakukan, mesti sakit hati jugak. ye dak?

Ini kesinambungan entri yang lepas sebenarnya. Aku penat. Dan minggu ni memang aku agak emo sikit. Dan bila aku emo, secara automatiknya aku tak style. Semalam aku bergaduh dengan 'kawan' aku..dan ya, aku agak menyesal dengan perbuatan aku tu. Manusia penuh dengan penyesalan. Tapi perkara tersebut memang harus dilakukan..bukan bab bergaduh tu, tapi bab yang aku harus jauhkan diri dari kawan aku tu. Sebab semakin aku rapat dengan dia, semakin aku berubah; berubah ke arah yang tak elok.

Kenapa aku salahkan orang lain? Well...aku ada sebab. Dan kalau aku terangkan pun, kemungkinan besar korang xkan paham. Sebab kebanyakan korang hanya tahu nama aku, iaitu Amir Syafiq. Yang korang patut tahu, aku suka pakai seluar 3 suku. tu saja.

Tengok..dah lari topik. tak suka betul.

Apapun, aku seriously dalam keadaan yang agak kusut sekarang. Dan senyuman aku pun palsu sekarang. Aku malas la nak marah orang. Dan ya, aku memang suka pakai topeng. Sebab tu kau tak kan tahu perangai sebenar aku.



Dunia ni tak sempurna. Apatah lagi aku.






Tacing betul la entri ni...cis.




Labels:


7 Comments