<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Monday, March 14, 2011
terima kasih
Lebih kurang 8 bulan lagi, aku akan mencapai usia 18tahun. muda lagi tu. Tapi dalam entri ni aku bukan nak cerita pasal usia. Aku nak berterima kasih kepada mereka yang berada di sekeliling aku. Jadi kenapa aku sebut pasal umur aku? sengal~


Kepada yang sentiasa percayakan aku, aku mahu bertetima kasih sebab; tanpa kau, aku tak akan tahu macam mana untuk percaya akan diri sendiri. Tanpa kau, aku tak akan mengambil langkah ke hadapan. Tanpa kau, aku tak akan mendongakkan kepala aku. Kerana kau, aku berjaya menjadi siapa diri aku sekarang.

Kepada yang pernah menghina dan mencaci aku, aku berterima kasih sebab; tanpa kau, aku tak akan tahu kenapa dunia ni sentiasa tak tenteram. Dan juga kau menjadi bukti bahawa, usia kadangkala tak mematangkan kita. Kau juga mengajar aku bagaimana untuk bersabar. Kau memang antara insan2 yang penting dalam hidup aku.

Kepada mereka yang sentiasa memakai topeng ketika brsama dengan aku, aku mahu berterima kasih sebab; kau mengajar aku untuk berhati-hati ketika bergaul. Kau mengajar aku supaya tidak mempercayai orang lain dengan mudah. 

Kepada kau yang aku gelar sahabat, terima kasih atas kesudian kau. Tanpa kau, siapalah aku. Bak kata aku, kawan ialah diri kita( quote tak masuk akal).

Last sekali, aku nak berterima kasih kepada diri sendiri. Terima kasih sebab masih mampu bertahan sampai sekarang. kau memang hebat! yeah.



Perasan~!


Labels:


2 Comments