<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Sunday, March 27, 2011
Aku Tak Empunya Kamera Mahal..
Assalamualaikum.

Ada sesuatu yang perlu aku akui..ya aku macam minat jugak bidang fotografi ni. Macam seronok je tangkap gambar sini sana sambil tayang kamera mahal. Tapi aku takde kamera mahal. waaa~

Yang aku ada hanyela kamera enset aku.

Jangan..Jangan pandang rendah kat aku.
Aku boleh tahan gak tinggi..ada la dalam 169cm.



Ape aku merepek ni?

Anyways, aku suka tangkap gambar abstrak. Aku tak tau abstrak tu ape sebenarnya. Tapi bunyi macam cool je. Aku kan bajet cool; so...


ni bukan abstrak..cuma bila tengok gambar ni, aku teringat zaman kecik aku dulu.



Aku terjenguk2 jugak la kat luar kedai kamera macam orang sawan. Bila la agaknya aku akan dapat kamera camtu ek? Tapi aku rasa kamera tu tak penting..yang penting minat dan jiwa yang diterapkan dalam setiap 'klik' kamera tu...(ayat penenang hati). Ye la. Aku ni mana la ada banyak sangat duit..Kerja pun takde. Aku bukan malas nak kerja..cuma....errrr...belum sampai seru.

juga bukan abstrak..ini namanya selipar.

Pernah la jugak aku pegang kamera mahal kepunyaan kawan aku yang loaded. Ke family dia yang kaya eh? Ntah..aku malas nak jaga tepi selendang orang lain. Apa pun, 1 hari nanti bila aku dah kaya, aku akan beli kamera sendiri...Malas la nak mintak mak ayah tolong belikan. Nanti kena share Tak nak susahkan diorang. Tengok, aku fikir pasal parents aku. Mulia aku ni kan?

Sila tahan perasaan nak lempang aku.

satu ari nanti nak tangkap gambar cam neh.

Apa pun, kalau aku jadi photographer terkenal satu hari nanti, jangan malu2 nak tegur aku. Walaupun aku femes, aku tetap ingat akan korang. Tapi sebelum aku jadi photographer terkenal, aku akan belajar di UIA dulu.



Ok..ayat last tu takde kena mengena.

Labels:


3 Comments