<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Tuesday, February 22, 2011
Perihal tentang Aku.
Selasa yang mendung;
dihiasi hujan kala malam.


Aku ni jenis yang suka bagi nasihat; dan aku juga suka tolong orang tak tentu pasal. Itu kelebihan dan juga kelemahan aku. Meskipun aku selalu bagi nasihat kat orang, kebiasaannya aku tak tahu macam mana nak dengar nasihat sendiri. Sebab tu masalah aku bertambah kot. Bila aku mintak nasihat orang lain, mesti diorang bagi nasihat macam budak tadika. Setakat nak cakap "sabar, amir", aku pun boleh fikir sendiri. No offence.


Kalau aku fikir banyak2 pun, masalah tu tak akan hilang. Mungkin kebenarannya ialah; aku tak berani nak hadapi masalah aku. Ya, mungkin aku tak cukup pengalaman lagi untuk menghadapi alam dewasa ni. Ya, mungkin aku masih tak cukup matang untuk melangkah ke depan seorang diri.



Aku perlukan keluarga.
Aku perlukan rakan.
Aku perlukan teman.
Aku perlukan kekuatan.


Hidup tak selalunya indah.
Kebenarannya, ramai antara kita yang tak akan mencapai impian;
hanya sekadar menyimpan mimpi kosong;
bagaikan teratai dalam tasik yang kontang.


Kalau kau tanya aku,
Adakah aku akan mencapai impian aku?
Adakah aku akan mampu berdiri bila aku jatuh?
Adakah aku mampu memikul maksud nama amir?

Jawapan aku :
Semestinya.



Kerana;

I ALWAYS BELIEVE IN MYSELF.




Labels:


11 Comments