<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Thursday, February 3, 2011
Korang Pun Mesti Bengang, Kan.

blogger-emoticon.blogspot.com
emoticon hiasan.

Apa perasaan korang kalau korang tak sempat lagi habis tengok satu filem tu, tetiba je ada setan manusia yang bagitau ending filem tu? Mesti bengang punya kan. Mesti korang rasa nak kerat2 diorang sampai 18 bahagian kan. Apa? Kau kata cara aku tak original? Takpe la. Mungkin anda orang yang mulia. Apapun, cerita yang telah di-spoil-kan endingnya ialah........... *drum roll plis.



walaoweh


Aku pasti ramai antara korang dah tengok cite ni kan. Best o. tak tipu. Tapi bukan ke aku cakap ari tu aku tak layan filem camni? Kan korang dah kena tipu. Padan muka. Alkisahnya, pada bulan oktober yang lepas, aku baru nak tengok cite ni. Padahal orang lain dah khatam dah pun; sampai hafal ayat "no woman no try, be a man with no cry". Sebab malas nak beli dvd cetak rompak, aku pun pinjam je la kawan aku punya. Tapi dia simpan cite ni dalam laptop. Kiranya dia dload movie ni secara tidak sah di sisi undang2. Don't judge him. Macam la korang tak pernah buat. So, filem ni ada 21 parts. setiap 1 part lebih kurang 7 minit. Tapi sebab kapasiti usb aku 2GB je, tak dapat la nak simpan semua part. 17 parts je yang termampu.

usb aku. unik kan.

Jadi pas dapat tu aku trus on lappy aku. Aku tengok la sampai termampu. Keesokan harinya aku nak dload la cite tu sampai habis daripada kawan aku. Tapi lumrah manusia, selalu terlupa. Nak2 lagi time tu nak SPM. So, aku lupa langsung nak tengok cite ni. Lebih kurang sebulan lepas SPM, Najmi(kawan aku) datang ke rumah aku. Kitorang ni boleh dikatakan rapat la jugak. Kalau ada problem, kami selalu bercerita antara kami. Jarang jumpa lelaki camni tau. Tapi maaf, kami bukan gay. Selalu nya dia datang sorang je, tapi kali ni dia bawak sepupu dia skali. Tengah syok kami bercerita, tiba2 kuar isu Lagenda Budak Setan. Dan tanpa diundang, sepupu dia ni tiba2 menyampuk dan memberitahu ending filem ni. Endingnya......watak pompuan utama tu mati.

Selepas kejadian itu, aku sedih dan terperap dalam rumah beberapa hari.

Aku tipu.



Labels:


6 Comments