<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Sunday, January 30, 2011
Aku Pun Sama.
Relax. Aku pun pernah buat salah. Biasa la kan. kita manusia. Nak jadi sempurna tu bukan tugas kita, tapi kena usaha la jugak untuk jadi manusia yang lebih baik. Aku pun pernah tertawakan orang; menambah cemuhan dalam maruah mereka. Aku agak malu dengan perbuatan aku ni. Sejak kebelakangan ni aku tak buat la dah, tapi aku pernah buat. Tak baik tau. Jangan tiru. Aku pernah tidur dalam kelas. Aku pernah menyanyi masa tengah mandi. Aku pun nak tengok Coldplay buat concert kat malaysia. Aku pernah menipu. Aku pernah mengaku kalah. Aku pernah sedih. Aku pernah buat orang menangis; aku sendiri pun pernah menangis. Aku pernah tak bercakap dengan kawan baik aku selama 9bulan. sebab apa? sebab aku pun ada ego.

Tapi......

Kita juga pernah buat orang tertawa. kita pernah buat orang gembira. Kita pernah berkongsi rahsia dengan orang lain. Kita pernah melakukan sesuatu yang baik. Ini je persamaan antara kita yang aku mahu kekalkan sampai bila2. Hey, jangan lupa. Sentiasa ada ruang dalam diri kita untuk diperbaiki!



Never lose your sense of humor! tee hee.

Labels:


2 Comments