<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Tuesday, April 5, 2011
Down Cheroh Lane
Assalamualaikum.
Ini entri yang serius.

Pagi tadi selepas aku bangun pagi, aku on pesbuk. Dan ya, pukul 11.30 masih dikira sebagai waktu pagi.(lepas subuh aku tidur balik). Tengah mamai tu, tiba2 ada kawan aku ajak keluar. Aku pun on je la. Tapi bukan tu yang aku nak tulis hari ni. Lepas aku jumpa kawan aku tu, hati aku trdetik untuk pergi ke kawasan rumah lama aku; tempat yg aku panggil sebagai 'rumah' sebelum aku menjadi pelajar sekolah menengah.

Tempat ni terletak dekat Jalan Cheroh..bukan terpecil; tapi kalau lalu, memang tak perasan akan kewujudan tempat ni. Sebab tu la aku rasa sini tempat paling tenang dekat Raub..kerana rumahnya dibina dari kayu, hutan berdekatan masih tidak disentuh, dan tiada permusuhan antara penduduk di sini. Tapi tak lama selepas aku pindah, orang lain turut serta. Tempat itu sekarang seolah2 terbiar...hanya 3 buah keluarga yg kekal di sana.

pokok yang aku slallu panjat dolu2.


Percaya atau tak, sebelum hari ni, dah dekat 5tahun aku tak lawat tempat ni. Aku pun  tak tahu kenapa..mungkin sebab manusia berubah; cepat lupakan asal usul. Aku terkejut bila dapat tahu yg kelurga Hassan tlah berpindah ke Temerloh. Aku masih ingat masa kecil dulu, aku selalu bersaing dgn hassan dlm hampir semua benda. Dia tua setahun dari aku. Hassan juga merupakan orang pertama yg aku gelar kawan.

Ada juga keluarga Abby, Amirul dan lain2. Tapi mereka semua telah pindah. Selama 5 tahun kami tak bersama. Sepanjang tempoh tu, aku tertanya; adakah mereka merindui aku? Adakah mereka masih ingat akan memori brsama aku? Adakah mereka masih ingat akan peristiwa aku terjatuh pokok; ataupun ketika kami bermain baling selipar? Perkara yg aku paling rindukan ialah; ketika kami sama2 duduk di atas tangga, dengan memakai baju t-shirt lusuh, bercerita tentang semua perkara dengan senyuman dan tawa sebagai hiasan.

kiri rumah hassan. abby rumah kanan.
kini tinggal kenangan
.


Aku rindu nak main kejar2 dengan korang..aku rindu nak ponteng mengaji dengan korang..

Untuk Hassan, belajar elok2 dekat German.
Untuk Abby, take care dekat Sabah.
Untuk Amirul, aku harap kau dapat masuk universiti yg elok.
Untuk angah, belajar dekat Kuantan brsungguh2.
Untuk De, tahniah sebab dah dapat kerja.
Untuk adik, blajar kat skolah betul2. jangan main banyak sangat.


Aku panggil jiran2 aku sebagai de, angah, along dan adik; sebab aku anggap diorang sebagai ahli keluarga aku sendiri tanpa sedar. Dan mereka juga sama.


Apa guna kejiranan yang cantik tanpa persahabatan.


Labels:


6 Comments