<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Sunday, April 24, 2011
Bila Kau Rasa Nak Give Up
Hari Ahad yang sangat rileks.

Tiap-tiap hari aku jumpa manusia. Dan disebabkan ke-boring-an yang melanda diri aku ini(aku dah dekat 5 bulan cuti wei), aku mula memerhati sikap manusia di sekeliling aku. Aku bukan stalker okay...aku cuma..u know..bosan. Aku juga boleh dapat benefits daripada memerhati tingkahlaku orang sekeliling. Kita boleh belajar cara untuk perbaiki diri sendiri, dan ambil iktibar daripada kesilapan orang lain.


Well, ada segelintir kita yang senyum dalam kesusahan. Ada yang hanya reti menangis dan diam apabila ditimpa musibah. Tak semua orang tabah. Ada yang kuat, ada yang lemah. Cuba kita fikir betul-betul. Adakah perkara seperti menangis akan menyelesaikan masalah kita? Aku rasa tidak. Yang patut kita buat ialah kuatkan semangat, rasionalkan minda kita dan cari jalan penyelesaian. Hidup ini banyak rintangan. Jangan sesekali biarkan diri kita dikuasai kelemahan diri. Ada orang kata hidup ni tak adil; tak mudah. Ada betulnya. Tapi kita boleh memilih untuk hidup bahagia.







We should all learn to appreciate the little things in life; macam udara yang kita hidu ketika hujan, ataupun senyuman ikhlas daripada seorang kawan. Semua itu penting dalam perjalanan hidup ni. Bagi aku, hidup ni memang agak sukar. Aku tahu sebab aku dah lalui pelbagai cabaran. Aku jamin u'olls mesti pernah ada kesukaran jugak. Dan ya, aku juga pernah hampir berputus asa suatu ketika dulu. Tapi disebabkan kata-kata semangat daripada seorang kawan, aku jadi bersemangat balik. Itu lah pentingnya kawan. Semua orang boleh dijadikan kawan. Tapi sangat bertuah jika kite mempunyai seorang teman sejati. Jangan sesekali hidup berseorangan. If u live alone, chances u are going to live in depression.


Bagi ruang untuk orang memahami diri kita. Jangan asyik hidup dalam dunia sendiri. Kita kena berani menghadapi realiti yang sememangnya jarang seperti yang diimpikan.


Masih banyak perkara yang boleh dilakukan di luar sana. Jangan sesekali berputus asa. Akan sentiasa ada jalan. Dan adakah aku sudah menemui kebahagian itu sendiri? Belum. Masih belum. Tapi aku berada dalam jalan yang betul. Itu aku yakin.





Labels:


4 Comments