<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Thursday, April 7, 2011
Aku Dah Tak Sanggup..
Aku agak stress.
Atau..mungkin aku keliru.
Ke gembira?
Ntah..agaknya kusut sedikit.



Susah nak gambarkan perasaan aku sekarang. perasaan dia macam bila kita dah sakit perut sangat, kita berlari la ke tandas. pastu ambik buku komik yang terdekat. bila dah cangkung and ready nak buat bisnes, tengok2 buku yg kita ambik tadi tu majalah Dewan Siswa.



Mula la merajuk tak nak masuk tandas sebulan.

hmm..permulaan entri yg agak lucah.

*pasang lagu awan nano, teruskan penulisan entri.



Apapun, aku sebenarnya tengah buntu. Ape buntu2 ni? Tak style la..ish. Sebenarnya aku dah penat. Penat nak menjaga perasaan orang lain. Asyik aku je yang kena mintak maaf and so on. Kenapa aku emo pulak ni. Orang muda macam aku mana boleh emo2. Emo is lame.

Aku dah malas nak korbankan pekara yg aku rasa boleh buat aku bahagia; semata-mata nak puaskan hati orang lain. Aku dah tak sanggup pendamkan perasaan sebenar aku.


Tolonglah jangan buat kepala aku pening. Perlu ke aku benci seseorang tu sebab kawan aku pun tak suka kat orang tu? Tak perlu kan. Walau seteruk mana pun orang tu dah buat kat kita; tak baik menyimpan dendam. Tak baik benci-membenci. Hati aku tak tenteram kalau buat camtu.


Kalau aku suka berkawan dengan orang yang kawan baik aku tak suka, apa salahnya? Ikut suka aku la. Jangan la paksa aku untuk benci dia sekali. Aku tak sanggup. Sebab aku suka pada orang yang kawan aku paling benci tu.




Aku penat.
Penat dengan segalanya.

Labels:


7 Comments