<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Thursday, April 21, 2011
Akan Sentiasa Ada Jalan
Assalamualaikum.

Aku nak tanya neh.

Baca betul-betul.

Serius la weh.

Kau pernah buat kesilapan tak?

Aku boleh jamin kebanyakan antara korang akan jawab YA. Tapi bagi sesiapa yang jawab 'TAK' tu, ego kau melampaui ketinggian gunung Himalaya. Sila ubah sikap anda. Ini mesej umum ya. Dan ya, bagi aku, ego perempuan dan lelaki tiada beza.

Tapi biasanya ego perempuan lagi tinggi.


Sepanjang 17 tahun beberapa bulan aku bernafas ni, dah banyak kesilapan yang aku buat. Aku pernah buat orang yang tersayang menangis(family ok), malahan pernah buat diri aku sendiri menangis. Apa? Tak staii kalau lelaki menangis? Peduli apa aku. Lelaki pun ade perasaan derr. Tengok, kan dah keluar loghat keyel aku.

Dengan setiap kesilapan yang dilakukan, akan timbul perasaan menyesal dalam diri sendiri. Siapa yang tak rasa menyesal langsung tu..mungkin dia bukan manusia kot. Tak pun dilahirkan tanpa saraf2 dan perasaan. Dia hanya robot bertopengkan manusia. Eh tapi...ada jugak orang-orang di sekeliling aku yang seakan robot. Mereka memberi senyuman palsu dan sebagainya. Memang lakonan yang bernas. 

Aku tak faham kenapa ada orang yang memilih jalan yang tak betul apabila membuat kesilapan. Akan sentiasa ada ruang untuk kita perbaiki dan kembali ke pangkal jalan. Yang penting adalah kita tidak berputus asa, dan berdiri kembali apabila kita terjatuh. Secara jujurnya, akan ada orang yang gembira apabila kita dalam kesusahan. Manusia sukar dijangka. Jangan beri mereka kepuasan melihat kita tersungkur.

Percaya lah pada diri sendiri.

Dan apabila kita membuat kesilapan,

Perkara paling penting yang kita perlu tahu ialah; 

Manusia tak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. So don't be afraid to make mistakes. Everything happens for a reason. Something good will always come out of something bad, Insyaallah. 

The world is waiting for you. Keep you head up.

Aku hanyalah seorang penulis muda. Banyak lagi yang aku perlu belajar. Jika ada kesilapan dalam kenyataan aku di atas, maaf kan lah. Ini hanya pendapat peribadi aku.

Allah did not promise that the way would be easy, but He did promise that He would be with you in every single step of your life as long as you want Him to. props to miss aquljacob.


Labels:


7 Comments