<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Friday, March 25, 2011
Syukur. Maaf. Terima kasih
Assalamualaikum.
kalau tak nak jawab, ikut la.
Aku tak nak paksa.

Marcapada, hah?

Pukul 11.34 pagi tadi, aku datang balik ke sekolah kesayangan aku, SMK Seri Raub sebab nak berjumpa dengan junior2 cute amek result SPM. Time awal, semua buat muka excited. Lepas dapat result tu, rupa mereka bertukar jadi orang tahan sakit perut pulak. Apa aku merepek ni? Mungkin mereka agak hiba kerana tak dapat result yang cemerlang. Masa pengetua umumkan nama pelajar2 yang cemerlang tu, aku tertunggu la dia panggil nama aku. Tapi memang semua akan buat muka tak puas hati la kalau nama aku disebut. Sebab tu pengetua tak panggil nama aku agaknya. hmmmm. Mungkin. Well, aku dah usaha. Setakat itu rezeki aku. Syukur.


And then, dengan senyuman kebahagiaan dalam perpisahan, aku bagitau seluruh family aku tentang result aku. Diorang macam tak kesah je. Ntah suke ke tidak. Mereka sangat misteri. Ntah2 mak aku nak lempang aku sebab result tak seberapa. Tapi aku tak takut sebab aku bagitau melalui henset saja. Maaf ek. Siapa suruh deme jalan jauh2.


Kawan2 seangkatan dengan aku pun ade yang tak puas ati dengan result. Well, mak ayah diorang yang tak suka agaknya. Untuk mengubat luka, lepas amek je result tu, aku dan 4 lagi kawan pergi jalan2 ke KL. 

Biasa la. Kami kan orang kampung. Bukan orang bandar macam lu derr.


Sebenarnya tak ada arah tuju pun. Dah la kena speed track. Minyak Honda Accord bukan nye murah. Tapi aku tak tontong duit pun. Maaf la. Gaji aku tak dapat2 lagi. Nanti aku ganti balik ek Hazim~

Sampai je kat KL, ntah makhluk mana cakap nak tengok filem Merong. Kami sebut Merong tu dengan slang orang putih. Baru orang tak syak kami orang kampung. 


Pekejadah?


Dengan bantuan gps blekberi(bukan enset aku), kami pun sampai ke Suria KLCC. Banyak jugak kedai femes kat sana. tak macam kat Raub. Kat Raub pun ada pasaraya jugak. Nama dia TongFat. tongfat tu bukan sejenis taufu. Bukan. Rakus sungguh kalau kau berfikiran camtu. Tak tau tongfat tu ape? Sila guna khidmat cik google ye. Aku tak ada kredibiliti nak terangkan secara jelas.

Dah la duit kurang, tak jumpa2 jugak cinema. Tapi kami stay cool. Lepas tu, kami pegi cari tempat semayang kat klcc tu. Asar nak dekat abes. Masuk je dalam surau tu, cuba teka aku jumpa dengan siapa?




dari kiri : Akmal, Daus, Dato' Fadzilah Kamsah, aku, Hazim, Syahid

Insan yang cemerlang datangnya dari akal ya ya

Memang tak sangka dapat jumpa beliau. Tapi sayangnya tak dapat lepak dengan beliau lama2. Ingatkan nak ajak beliau mengetea. Tapi mana la kami ada duit nak belanja. Terubat sikit hati kawan2 aku yang agak down pasal result.

Oh. Lupa nak bagitau.

Aku dapat 5A, semua lulus.


Ya....aku tak secerdik kau.



 Demn.





Labels:


10 Comments