<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Saturday, March 5, 2011
Entri Untuk Angah.
Angah. Hari ni saya pergi kedai favourite angah tu. Ala, yang jual barang2 comel dekat dataran raub tu. Tapi Afiq tak masuk sebab kedai tu dah tutup. Dekat 2 tahun dah kedai tu bankrupt. Lama jugak saya duduk depan kedai tu. Sambil Afiq tengok pintu kedai yang dah bersawang tu, teringat kali pertama kita pergi situ. Angah beli patung teddy bear warna merah dengan selipar kartun. Saya nak cakap patung tu comel. Tapi sebab Afiq lelaki, saya malu nak cakap. Tapi dalam hati, nak sangat beli selipar kartun tu. haha.

Lepas tu, Afiq pergi ke pustaka pertama(kedai buku). Dalam adik-beradik kita, kita je yang minat baca komik kan? Ingat lagi masa kecik dulu, Afiq selalu masuk dalam bilik angah sembunyi2 sebab nak curi baca komik. Bukan angah tak bagi, cuma angah tak suka kalau Afiq baca dulu sebelum angah kan. hehe. Masuk je kedai buku tu, Afiq ternampak komik favorite angah; "Kreko". Mula2 Afiq tak suka, tapi sebab Afiq rapat dengan angah, Afiq pun jadi suka. Sampai sekarang pun Afiq masih beli lagi. Cuma bukan selalu sebab boleh baca komik dekat internet. hehe. Sekarang pustaka pertama yang dekat pusat bandar tu dah tutup tahu. Afiq sedih jugak sebab tu kedai favorite angah.

Dah puas baca tu. saya pun pergi ke good point(kedai makan). Dulu angah selalu belanja saya makan kat sini kan. Tapi hari ni Afiq makan dengan kawan2 Afiq kat situ. Macam biasa, saya order nasi lemak. Itu favorite angah kan? Afiq tak lupa.

Ingat tak time angah dapat masuk universiti? Masa tu Afiq gembira sangat2 untuk angah. Masa tu Afiq masih kecil. Darjah 6 kalau tak silap. Masuk form1, tinggal Afiq dengan mak ayah je kat rumah. Semua dah tinggalkan rumah ni; bawak haluan sendiri. Afiq mengaku, Afiq sunyi time sekolah menengah. Bukan Afiq takde kawan. Cuma betapa banyak jam pun saya main futsal atau mengetea dengan kawan2, perasaan dia tak sama sewaktu bersama dengan adik-beradik sendiri.

Tapi masa Afiq f4, penyakit angah semakin teruk. Angah kerap jumpa doktor. Saya risau sangat. Tapi tak pernah sekali pun angah tunjukkan yang angah sakit. Angah sentiasa tersenyum. Tapi angah tak boleh tipu saya. Saya kenal angah.

Bulan 6, 2009. Angah masuk hospital Damansara. Keadaan angah tenat. Hari tu hari Ahad. Esok saya kena pergi sekolah. Sebelum saya balik, saya cakap dekat angah "saya balik dulu ya". Saya tak tahu angah dengar atau tak. Tapi apa yang pasti, itu perkataan terakhir saya ucapkan dekat angah.

Pukul 3.17 pagi, along yang masih berada di hospital telefon saya. Dia beritahu, angah dah tiada. Tak dapat digambarkan perasaan saya waktu tu. Secara tak sedar, air mata datang mengalir. Perkara yang paling saya tak boleh terima ialah, saya tiada di sisi angah waktu angah menghembuskan nafas yang terakhir.


Saya tak sempat minta maaf dari angah.
Saya tak sempat nak cakap yang saya sayang angah.
Sumpah saya sedih.
Amat.





2 tahun kemudian.


Hari ni, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Mak dan ayah sihat. Along dah kahwin. Kakde pun dah bekerja. Saya? Saya baru saja habis sekolah. Tak lama lagi saya harap dapat melanjutkan pelajaran dekat universiti macam awak. Saya ingat lagi pesan awak pada saya supaya belajar betul2 dan jangan tinggal sembahyang. Kata2 angah tu saya pegang sampai sekarang.

Saya doakan angah selamat di alam sana. Moga Allah tempatkan angah di kalangan orang beriman.

Terima kasih untuk segalanya, angah.


Labels:


4 Comments