<body>
Coretan Seorang (Aku)

TUAN BANGLO

Thanks for visiting. Leave your comment(s) if u want to


Suka pakai seluar 3 suku.






get this widget here
the ones

TAGBOARD

Coretan Suara
Sunday, February 13, 2011
Aku dan Mereka serta Kami.

Assalamualaikum.

Semalam, aku pergi outing dengan rakan2 aku. Dorang ni bukan orang biasa. Mereka berasal daripada keluarga otromen. Ok lawak tu kurang menjadi. Maksud aku, dorang ni kawan2 yang memang payah nak jumpa la. Kitorang mula berkenalan pada waktu2 yang berbeza. ada yang kenal waktu tadika dan ada yg kenal waktu sekolah rendah(waktu yang sangat menyenangkan, bagi aku.) Tapi, kitorang semua betul2 mula kenal waktu kitorang form 1, di kelas 1rk1, smk seri raub. Tapi lepas form1, semua bawak haluan masing2. Tinggal aku dan bazilah je kat seri raub. Pastu, kitorang memang tak jumpa langsung kot. Jadi, sangat menyeronokkan untuk berjumpa kembali selepas 5 tahun berpisah.


Semua kontrol macho n cun~


So, the plan is nak jumpa kat meribrown pukul 11 pagi. Aku datang la lambat sikit sebab nak bajet hot. Dup dap aku yang first sampai. Padahal dah pukul 11.45. Dalam 5 minit pastu, Famieza sampai. Nasib baik. Aku baru je mula nak mencarut kat pekerja kedai yang asyik pandang aku. Korang kena faham, beliau buat muka nak cari gaduh.

Dalam pukul 12, semua pun sampai. Pas order, kitorang pun makan la kan. Best sebab dapat catch-up balik semua benda yang berlaku sepanjang 5 tahun ni. Si famieza ni aku tengok macam dah matang sangat kot. Farid pulak macam bapak orang je. Qusyairie tak berubah sangat. Bazilah pulak, xyah cite la. Tiap2 ari aku nampak muka dia. Dia seorang kawan yang sangat best. Sebab tu aku dan dia kawan baik.

Bazilah ngan aku. Sorry guys, she's taken by someone oredi.


Baru aku tahu, Famieza ni dah bertunang. Dengan ustaz pulak tu. Tahniah ye! Farid pulak dah ada kerja sekarang, dekat kedai makan. Qusyairie ni dalam senyap, dah kapel dengan kawan aku. haha. Terbaik la. Moga korang kekal. Bazilah pulak, aku tengok dia ni macam banyak masalah je. Tapi dia tetap tersenyum. Kau memang tabah la bazie.


Cake time!


Aku suka gambar ni :)

Lepas perut penuh, kitorang pun pergi jalan2 kat "bandar" raub. Tangkap gambar sini sana. Macam tak pernah jumpa kamera pun ada. Tapi, Famieza kena balik awal. Dia kena balik kuantan hari semalam jugak kot. Tak pe lah, walaupun sekejap, memang gembira la dapat jumpa dia balik.

Kau tahu, aku tengok budak2 zaman sekarang ni senang sangat nak sebut perkataan "sayang"; sampaikan perkataan tu macam dah tak bermakna. bagi aku, perkataan 'sayang" tu untuk mereka yang kita betul2 kenal dan yang kita boleh percaya dengan sepenuh hati. Dan ya, aku sayang mereka.

Labels:


3 Comments